Assalamualaikum semua. Aten nak berkongsi sedikit aktiviti aten dan rakan-rakan di Tapak Semaian Nurseri Hutan UPMKB. Maklumlah, aten ni belajar dalam bidang pertanian. So, banyak la aktiviti pertanian yang aten ikuti. Jom kita tengok gelagat rakan-rakan aten ini.
Tapak Semaian.
Tapak semaian dibangunkan
untuk menghasilkan anak pokok sebelum ia ditanam. Tujuan anak pokok disemai
terlebih dahulu adalah untuk memudahkan pengurusan apabila anak pokok ditanam. Selain
itu, pokok yang ditanam juga akan menjadi sihat kerana ia telah dijaga rapi
semasa peringkat semaian. Juga, tumbesaran anak pokok juga akan sekata kerana
ia telah dibezakan semasa peringkat semaian. Ia akan memudahkan proses untuk
membuat pemilihan semasa ingin menanam anak pokok. Hasil akhir pokok atau
jangka hayat tumbesaran akan dapat ditentukan.
Cara- cara membuat media semaian ialah:
1) Mencampur media semaian iaitu dengan nisbah 3:1, iaitu ‘top soil’: kokopit. Gaul sehingga tanah dan kokopit sebati.
2) Apabila sudah sebati, masukkan media
semaian kedalam polybag menggunakan handspade.
3) Hentakkan
polybag tadi supaya media semaian menjadi mampat.
4) Proses menyemai
anak pokok ke dalam polybag. Anak pokok disemai
ke dalam media semaian tadi.
4) Anak benih pun sudah siap disemai. Inilah hasil yang kami peroleh di tapak semaian.
No comments:
Post a Comment