Hari ini aten nak beri sedikit pendapat tentang penggunaan produk makanan ubahsuai
genetik atau dalam bahasa inggerisnya Genetically Modified Organism (GMO). Umum
mengetahui produk Cadbury sekarang ini mendapat banyak komplein dari semua
pihak. Menurut rujukan aten, produk Cadbury ini merupakan produk GMO. Aten hanya sekadar ingin memberi pendapat sahaja.Kalau nak kata
produk GMO ni selamat atau tidak digunakan, aten kurang pasti tentang itu.
Tetapi, kalau tiada produk GMO ini, berkemungkinan bekalan makanan dunia tidak
mencukupi. Jadi, ini adalah sebagai pendapat aten sahaja.
Apa itu produk
GMO?

Namun begitu,
walaupun banyak makanan ubah suai genetic di pasaran, ia tidak semestinya
selamat untuk digunakan. Hal ini kerana makanan ubahsuai genetic bukanlah benda
hidup yang hidup semulajadi.
Gen atau bahan
yang terdapat dalam makanan tersebut akan disalurkan kepada pengguna akhir
iaitu manusia. Ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Beberapa
makanan yang dihasil melalui proses GM terbukti merbahaya kepada mereka yang
mengalami alahan. Mengubahsuai struktur asli gen makanan akan menghasilkan
toksik pembawa maut ke dalam makanan yang dahulunya selamat dimakan.
Dari segi Islam
pula, makanan ubahsuai genetic (GMF) adalam haram sekiranya makanan tersebut
mengandungi unsur yang diharamkan seperti gen khinzir. Ini boleh mendatangkan
keburukan kepada manusia. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana
penyakit alahan atau sebagainya. Juga, ia memudaratkan ke atas usus, badan,
metabolisme dan sistem imunisasi badan manusia. Namun begitu, makanan ubahsuai
genetic ini boleh dimakan sekiranya dalam keadaan darurat.
Seterusnya ialah
kesan kepada alam. Ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar
sekiranya ia merebak atau membiak di alam sekitar. Ia juga boleh menjejaskan
alam atau ekosistem semulajadi. Apabila gen haiwan dan gen tumbuhan bercampur,
ia boleh menyebabkan berlaku percampuran dan ia boleh menjejaskan keselamatan
makanan dan mengubah ekosistem atau sifat semulajadi haiwan.
Juga, ia
mendatangkan kesan kepada ekonomi. Apabila makanan ubahsuai genetik ini diguna
secara meluas, ia mendatangkan kesan kepada golongan miskin dan kaya. Makanan
ubahsuai genetic ini lebih mahal harganya berbanding makanan biasa. Ia
menyebabkan hanya golongan kaya yang mampu dan boleh menyebabkan wujudnya
jurang antara golongan kaya dan miskin.

No comments:
Post a Comment