Saturday, 16 August 2014

Doa Kesyukuran

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 16 Ogos 2014, keluarga aten dapat ahli keluarga baru. Alhamdulillah, aten dapat sepupu baru. Mak Teh selamat lahirkan baby boy merangkap anak ketiga secara pembedahan petang tadi. Syukur kepada Allah.  Nampaknya cucu nenek hero hero semuanya. Hihihi. Aten dengan adik je yang perempuan ye.. Ermm tak apa la, semua tu rezeki dari Yang Maha Berkuasa. Jadi, entri pada kali ini aten kongsikan doa kesyukuran. Hendaklah kita bersyukur dengan segala kurniaan Allah kerana segala sesuatu itu ada hikmah di sebaliknya.


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ وَلَكَ الشُّكْرُ كُلُّهُ وَلَكَ الْمُلْكُ كُلُّهُ وَلَكَ الْخَلْقُ كُلُّهُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ الأَمْرُ كُلُّهُ.اَللّهُمَّ مَا أَنْعَمْتَ فَزِدْ ، وَمَا زِدْتَ فَبَارِكْ وَمَا بَارَكْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَيْهِ.اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا صَابِرِيْنَ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ وَاجْعَلْنَا فِى أَعْيُنِنَا صِغَارًا وَفِى أَعْيُنِ النَّاسِ كِبَارًا.اَللّهُمَّ بَارِكْ فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوْبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ لِنِعْمَتِكَ مُثْنِيْنَ لَهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا.اَللّهُمَّ اصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادُنَا ، وَاْجعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَّنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ.رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

Ertinya:Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.Ya Allah, bagiMu pujian seluruhnya, bagiMu kesyukuran seluruhnya, bagiMu kekuasaan dan ciptaan seluruhnya, di tanganMu segala kebaikan, dan kepadaMu kembalinya segala urusan.Ya Allah, apa yang telah Engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang telah Engkau tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah Engkau berkati maka bagiMu segala pujian atasnya.Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang sabar, orang-orang yang bersyukur, dan jadikanlah kami, kecil pada pandangan mata kami dan besar pada pandangan mata orang lain.Ya Allah, berkatilah pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmat-nikmatMu dan gandakanlah serta sempurnakanlah nikmat itu atas kami.Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami yang memelihara urusan kami, dan perbaikilah bagi kami dunia penghidupan kami, dan perbaikilah bagi kami hari pembalasan kami iaitu tempat kembali kami, dan jadikanlah penghidupan bertambah dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian ketenangan bagi kami dari segala kejahatan.Ya Tuhan kami, mohon kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon jauhkanlah kami daripada azab api neraka, dan selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Maha suci Tuhanmu yang mempunyai keagungan daripada apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) sifatkan, dan salam sejahtera kepada para rasul sekalian. Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam

Monday, 11 August 2014

Doa Memohon Kehidupan Yang Baik

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini Aten nak kongsi sedikit entri pasal doa untuk memohon kehidupan baik yang berpanjangan. Doa ini Aten copy dari satu blog iaitu blog Permata Kata. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pembaca.

 
Ya Allah, dengan ilmu Engkau akan alam ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, Hidupkanlah aku ini selama kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku.
Aku memohon kepada Engkau akan perasaan takut kepadaMU dalam perkara ghaib dan kesaksian.   Aku memohon kepadaMu, tetap ada kebaikan didalam kefakiran maupun kekayaan.
Aku memohon kepadaMu, kenikmatan yang berpanjangan.  Aku memohon kepadaMu, kebahagiaan hati yang tidak akan terputus.  Aku memohon kepadaMu redha setelah adanya takdir.
Aku memohon kepadaMu keselesaaan hidup setelah kematian.  Aku mohon kepadaMu kenikmatan dalam melihat kehadiranMu dan rindu akan pertemuan denganMu tanpa kesulitan yang menyulitkan, dan tidak ada halangan yang menyesatkan.
Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman, dan jadikanlah kami pemberi pentunjuk yang menunjukkan kebenaran.
Aamin, ya Rabbal aalamin…

Friday, 8 August 2014

Perihal Asam Jawa

Assalamualaikum semua.. Hari ni aten buat assignment tentang tanaman saka nadir di Malaysia. Salah satu tanaman saka nadir yang menarik perhatian aten ialah pokok asam jawa atau nama saintifiknya Tamarindus indica mempunyai banyak kelebihan.Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.

Kegunaan Asam Jawa

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India. Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain.

Wednesday, 9 July 2014

Penggunaan produk makanan ubahsuai genetik (GMO). Adakah ia selamat?

Hari ini aten nak beri sedikit pendapat tentang penggunaan produk makanan ubahsuai genetik atau dalam bahasa inggerisnya Genetically Modified Organism (GMO). Umum mengetahui produk Cadbury sekarang ini mendapat banyak komplein dari semua pihak. Menurut rujukan aten, produk Cadbury ini merupakan produk GMO. Aten hanya sekadar ingin memberi pendapat sahaja.Kalau nak kata produk GMO ni selamat atau tidak digunakan, aten kurang pasti tentang itu. Tetapi, kalau tiada produk GMO ini, berkemungkinan bekalan makanan dunia tidak mencukupi. Jadi, ini adalah sebagai pendapat aten sahaja.


Apa itu produk GMO?

Makanan ubah suai genetik (GMO) adalah makanan yang telah diubahsuai gen atau DNA untuk mendapatkan satu organisma yang lebih baik seperti tahan kepada penyakit tertentu. organisma ubahsuai genetic atau dikenali GMO ini terbahagi kepada beberapa spesifikasi. Makanan ubahsuai genetic juga adalah hasil GMO ini. Gen makanan diubah terutamanya untuk tujuan ekonomi. Biasanya ia bertujuan menghasilkan tanaman tahan racun perosak,meningkatkan jangka hayat, meningkatkan pengeluaran atau meningkatkan nilai nutrient tanaman atau ternakan.

Namun begitu, walaupun banyak makanan ubah suai genetic di pasaran, ia tidak semestinya selamat untuk digunakan. Hal ini kerana makanan ubahsuai genetic bukanlah benda hidup yang hidup semulajadi.
Gen atau bahan yang terdapat dalam makanan tersebut akan disalurkan kepada pengguna akhir iaitu manusia. Ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Beberapa makanan yang dihasil melalui proses GM terbukti merbahaya kepada mereka yang mengalami alahan. Mengubahsuai struktur asli gen makanan akan menghasilkan toksik pembawa maut ke dalam makanan yang dahulunya selamat dimakan.

Dari segi Islam pula, makanan ubahsuai genetic (GMF) adalam haram sekiranya makanan tersebut mengandungi unsur yang diharamkan seperti gen khinzir. Ini boleh mendatangkan keburukan kepada manusia. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana penyakit alahan atau sebagainya. Juga, ia memudaratkan ke atas usus, badan, metabolisme dan sistem imunisasi badan manusia. Namun begitu, makanan ubahsuai genetic ini boleh dimakan sekiranya dalam keadaan darurat.

Seterusnya ialah kesan kepada alam. Ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar sekiranya ia merebak atau membiak di alam sekitar. Ia juga boleh menjejaskan alam atau ekosistem semulajadi. Apabila gen haiwan dan gen tumbuhan bercampur, ia boleh menyebabkan berlaku percampuran dan ia boleh menjejaskan keselamatan makanan dan mengubah ekosistem atau sifat semulajadi haiwan.
Juga, ia mendatangkan kesan kepada ekonomi. Apabila makanan ubahsuai genetik ini diguna secara meluas, ia mendatangkan kesan kepada golongan miskin dan kaya. Makanan ubahsuai genetic ini lebih mahal harganya berbanding makanan biasa. Ia menyebabkan hanya golongan kaya yang mampu dan boleh menyebabkan wujudnya jurang antara golongan kaya dan miskin.

Kesimpulannya, makanan ubahsuai genetic ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada manusia, alam sekitar dan ekonomi negara. Oleh itu, berhati hatilah memilih produk makanan. Juga, menjadi tanggungjawab pengeluar untuk melabel makanan yang telah diubahsuai genetiknya.  Konklusinya, makanan ubahsuai genetic tidak selamat untuk digunakan dalam kehidupan bagi menggantikan makanan biasa.







Pengurusan Tapak Semaian di Nurseri Hutan UPMKB

Assalamualaikum semua. Aten nak berkongsi sedikit aktiviti aten dan rakan-rakan di Tapak Semaian Nurseri Hutan UPMKB. Maklumlah, aten ni belajar dalam bidang pertanian. So, banyak la aktiviti pertanian yang aten ikuti. Jom kita tengok gelagat rakan-rakan aten ini.



Tapak Semaian.

Tapak semaian dibangunkan untuk menghasilkan anak pokok sebelum ia ditanam. Tujuan anak pokok disemai terlebih dahulu adalah untuk memudahkan pengurusan apabila anak pokok ditanam. Selain itu, pokok yang ditanam juga akan menjadi sihat kerana ia telah dijaga rapi semasa peringkat semaian. Juga, tumbesaran anak pokok juga akan sekata kerana ia telah dibezakan semasa peringkat semaian. Ia akan memudahkan proses untuk membuat pemilihan semasa ingin menanam anak pokok. Hasil akhir pokok atau jangka hayat tumbesaran akan dapat ditentukan.

Cara- cara membuat media semaian ialah:

1) Mencampur media semaian iaitu dengan nisbah 3:1, iaitu ‘top soil’: kokopit. Gaul sehingga tanah dan kokopit sebati. 






2) Apabila sudah sebati, masukkan media semaian kedalam polybag menggunakan handspade.







3) Hentakkan polybag tadi supaya media semaian menjadi mampat.




4) Proses menyemai anak pokok ke dalam polybag. Anak pokok disemai ke dalam media semaian tadi.






4) Anak benih pun sudah siap disemai. Inilah hasil yang kami peroleh di tapak semaian.